Salam semua, oleh kerana hari ini hari Jumaat, aku pon ingin berhujah tentang hijrah, selaras dengan awal Muharram 1434 ini. Hijrah bermula pada zaman Nabi Muhammad SAW ketika Baginda berhijrah ke kota Yathrib, yang sekarang lebih dikenali sebagai Madinah. Penghijrahan Baginda adalah untuk meluaskan perkembangan Islam. Teman-teman ku GBs dan Kek Cawans sudah mempunyai haluan masing-masing. Kak La akan ke Perancis selama 4 tahun bersama suami tercinta, Fendy.
Bagi aku, penghijrahan aku kali ini penuh berbeza (sapppp...so the melayu). Aku akan melangkah ke bab yang baru dalam kehidupan ku. Tidak lama lagi aku akan mendapat kunci untuk rumah aku sendiri (mak kaozzz i managed to type in malay hahhaha). Kini, aku telah mempertanggungjawabkan diriku ke atas ibubapaku. Kini jua masa untuk aku membalas segala jasa budi baik mereka yang telah mereka redha demi membesarkan diriku (memang besar ponnnnnn).
Memang aku tidak mampu membalas jasa ibubapaku. Tetapi, setidak-tidaknya, aku sekarang telah mampu manampung kos perbelanjaan perubatan serta kos untuk mereka makan pada hujung minggu. Harus kita ingat, tatkala kita masih kecil dahulu, mereka lah yang menghiburkan hati kita ketika kita menangis. Mereka juga, tidak kira kita ni penuh bernajis dan berbau kurang enak, yang membersihkan kita. Ketika kita lapar, mereka yang menyuapkan kita makan.
Apa yang kita lakukan sekarang, seperti menyiapkan makanan dan menjaga mereka, tidak akan dapat membalas segala jasa mereka. Mereka pada waktu kita kecil, redha dengan segala kekurangan kita. Kita kini pula terbalik, kadang-kadang bila ibubapa minta sesuatu, kita menengking mereka, mengatakan tidak boleh pada mereka. Bila kita berlumuran dengan najis mereka sanggup mencium kita walaupon di tempat awam, tetapi kita pula terbalik, jarang sekali mencium ibubapa. Yang ada pula setahun sekali baru mencium ibubapa mereka.
Satu lagi penghijrahan ku adalah Qudsiah Nisrina. Selepas bermusyawarah bersama teman GB ku Rizal dan juga beliau, kami telah bersepakat untuk mengambil langkah yang lebih serius. Semoga Allah menyenangkan perjalanan ini Insya'Allah, aku redha. Seperti kata Kak La sekarang kita bertawakal, banyak berdoa dan bersabar atas segala ujian. Salam
No comments:
Post a Comment