Usah sampai yang terhidang diludahkan
Jangan terlalu mendongak, berjati di debuan
Tatkala neraca menyapa di akhiran
Ternadah tanpa sempat menyukuri qurban
Tertunduk si padi berbisu-bisuan
Amanah sang pegar sekilas embunan
Racauan dipekak langkah kesilapan
Kerana Sawa, khuldi disantapkan
Bila qalbun gelap bertitikkan
Tetapi dada tetap didabikkan
Angkuh berkuasa tergigit pengecapan
Terlajak senggang bala ditunaikan
Berkeras sangka sebalik sinaran
Dikatik lisan nan benar dan Hassan
Menepis yang tulus mengiya simpangan
Al Bashiir menyaksi Haq dan batilan
Yang Mubin Loh Mahfuz terukir suratan
Mengapa Yang basah pingin dikukuhkan
Kecetekan air luas bermasyhuran
Nescaya terburai hijab usilan
Girha nan mungil telah dicangiskan
Witir gangsal khilaf andaian
Dilucut ardi lalu disedarkan
Tersenyum tertawa yang dilaknat Tuhan
Yang haram bersatu Yang halal sibakan
Mendayu-dayu memelet disiulan
Si kasyaf dijajat si kacung helatan
Ujar yang diogah asbab tulahan