Semalam ada seorang yang istimewa bermusyawarah dengan ku tentang Bercinta Selepas Nikah. Pagi ni pula seorang dari 'sister' ku membuka topic yang sama. Coincidence? Takdir? Atau semuanya sekadar secara kebetulan?
Aku bukan anti orang-orang yang bercinta sebelum nikah, jangan salah faham. Bukan begitu niat ku. Dalam Islam memang tiada erti kata ber'couple'. Orang-orang sekarang je bermatair. Tak semestinya bercinta itu akan berakhir dengan perkahwinan.
Adakah salah kita mempunyai perasaan suka, cinta, kasih dan sayang sebelum bernikah? Pada pandangan ku, itu fitrah manusia. Hadiah Allah kepada setiap manusia. Apa yang aku nak tekankan di sini ialah perkara bercinta sebelum nikah. Perasaan suka, cinta, kasih dan sayang sebelum bernikah kita tidak dapat menghalang, tapi apa yang kita mampu menguasai adalah bercinta sebelum nikah. Aku tidak mengata aku tidak pernah bercinta sebelum nikah, tetapi inilah masa untuk Syaitan mengadu kasih asmara dan mengganggu kita.
Apa yang kita perlu lakukan di sini adalah mengawal nafsu kita. Kita harus melihat dan mempelajari cara-cara untuk mengawal nafsu dan menguatkan iman kita, supaya tidak terjebak dengan gejala maksiat yang akan menjadi sesuatu gejala sosial. Cinta itu adalah Fitrah dari Illahi, jangan sampai perasaan itu hingga terjadi Fitnah.
Akhir kalam, biarlah bercinta kerana Allah, kerna persaan cinta itu milik Allah. Jangan sampai kita terlalu mencintai seseorang itu kerana cinta sahaja, kerana jika Allah ingin menguji hati kita ketika itu, maka bergoncanglah perasaan kita nanti.
No comments:
Post a Comment