Wednesday, 21 September 2016

Antologi Tiang Seri

Usah sampai yang terhidang diludahkan 
Jangan terlalu mendongak, berjati di debuan 
Tatkala neraca menyapa di akhiran
Ternadah tanpa sempat menyukuri qurban

Tertunduk si padi berbisu-bisuan
Amanah sang pegar sekilas embunan
Racauan dipekak langkah kesilapan
Kerana Sawa, khuldi disantapkan

Bila qalbun gelap bertitikkan
Tetapi dada tetap didabikkan
Angkuh berkuasa tergigit pengecapan
Terlajak senggang bala ditunaikan

Berkeras sangka sebalik sinaran
Dikatik lisan nan benar dan Hassan
Menepis yang tulus mengiya simpangan
Al Bashiir menyaksi Haq dan batilan

Yang Mubin Loh Mahfuz terukir suratan 
Mengapa Yang basah pingin dikukuhkan
Kecetekan air luas bermasyhuran
Nescaya terburai hijab usilan

Girha nan mungil telah dicangiskan 
Witir gangsal khilaf andaian 
Dilucut ardi lalu disedarkan 
Tersenyum tertawa yang dilaknat Tuhan 

Yang haram bersatu Yang halal sibakan
Mendayu-dayu memelet disiulan
Si kasyaf dijajat si kacung helatan
Ujar yang diogah asbab tulahan

Tuesday, 20 September 2016

Maharani Cinta Hati

Sepasang tangan terketar-ketar di depan ku
Tangan itulah yang pernah membelai ku
Menidurkan ku, menyuapkan makan ku

Saat aku dipenuhi najis
Namun aku tetap dikucup tanpa sinis
Dengan patah kata yang selalu ditapis

Saat ku terkedu terdiam tidak terkata
Diri mu menjadi lisan ku untuk menyapa
Dibisik ke telinga ‘tiada apa-apa’

Saat aku sukses ke puncak kejayaan
Mengalir deras air mata yang di balik senyuman
Kerana jasa memikul beg sekolah yang berat kini terasa ringan

Bertambah sudah uban di kepala mu kini
Masih terketar bak usaha si petani
Hanya engkau yang dikasihi, Maharani