Thursday, 29 November 2012

Yang haram itu sedap?

Kebelakangan ini, aku dan ibubapa ku, bersama teman-teman telah bermusyawarah tentang isu kekasih gelap. Adakah nilai sebuah pernikahan dan institusi keluarga kini tiada nilai kerana kelakuan masyarakat yang kurang beretika, kurang moral, sehingga terjadinya penyakit sosial?

Antara pasangan-pasangan yang mempunyai kekasih gelap adalah seperti berikut:
a) Lelaki yang sudah beristeri dan mempunyai anak, bersama wanita yang sudah bersuami dan mempunyai anak.
b) Lelaki yang sudah beristeri dan mempunyai anak, bersama seorang wanita janda/balu.
c) Lelaki yang sudah beristeri dan mempunyai anak, bersama seorang wanita yang sudah bertunang.
d) Wanita yang sudah bersuami dan mempunyai anak, bersama seorang duda.
e) Wanita yang sudah bersuami dan mempunyai anak, bersama seorang lelaki yang sudah bertunang.
f) Lelaki yang sudah bertunang, bersama seorang wanita yang sudah bertunang.

Firman Allah SWT di surah An Nur Ayat 30-31: ”Katakanlah (wahai Muhammad) kepada lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka (dari memandang wanita yang bukan mahram), dan menjaga kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mengetahui tentang apa yang mereka kerjakan, dan katakanlah kepada wanita yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kehormatan mereka." Sedarkah kita kadang-kadang kita lebih memberitahu sesuatu perkara yang penting kepada 'teman lain jantina' kita dari pasangan kita sendiri. Pada mulanya, pada diri kita yang sudah bertunang atau sudah berumahtangga, malah ada yang sudah mempunyai anak-anak, mungkin secara tidak sengaja kita semua mempunyai teman lain jantina. Di situ lah bermulanya perbualan yang mungkin tiada niat jahat, tetapi itulah anak tangga pertama yang akan membawa diri kita kepada lembah maksiat. Bermula dengan perbualan, beralih kepada SMS/Whatsapp, melangkah ke pertemuan untuk minum kopi, lalu hingga berpegang tangan dan bercumbu-cumbuan lalu berarak ke lembah zina.

Rasulullah bersabda, "Andaikan ditusukkan ke kepala salah seorang diantara kalian dengan jarum besi, yang demikian itu lebih baik daripada dia harus menyentuh wanita yang tidak dibolehkan baginya" Hadith riwayat Imam Thabrani. Tidak ku nafikan tentang keadaan anjakan paradigma di kalangan masyarakat kita sekarang yang telah meneruskan kehidupan bagai orang-orang mempunyai minda yang amat terbuka, seperti orang-orang Barat. Telah berleluasa seks rambang, sehingga terlahirnya anak-anak luar nikah. Adakah ini arah tuju masyarakat kita? Kelakuan yang dianggap penyakit sosial ini, kurang beretika, kurang moral, tetapi semakin ramai yang melakukannya, seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Dari segi hukum agama, memang zina adalah salah satu dosa besar yang teramat.

Firman Allah SWT di surah An Nisa' Ayat 19: "Pergaulilah isterimu dengan baik, sekiranya kamu benci kepada mereka, boleh jadi ada yang kamu benci itu Tuhan akan menjadikan kebaikan yang banyak padanya". Dari ayat ini amat harus sekali kita melihat kepada segala kebaikan, pengorbanan dan kasih sayang yang telah dicurah oleh pasangan kita sebelum kita melalukan sesuatu perkara yang dapat meruntuhkan rumahtangga yang telah dibina dengan segala doa dan usaha selama ini. Memang benar yang haram itu sedap, seperti kata ayah ku 'hari-hari makan luar, yang dirumah tak terjamah'. Orang yang sudah biasa bersama kekasih-kekasih gelap mereka di luar, suami/isteri sendiri di rumah tak ingin dilayan.

Dari Ibnu Umar r.a dari Nabi Muhammad saw beliau bersabda yang bermaksud, "Perbuatan halal yang dimurkai Allah ialah talaq" Hadith riwayat Abu Daud dan Hakim. Hadith ini menunjukkan bahawa memang benar talaq itu halal, tetapi ia adalah perkara yang dimurkai Allah SWT. Bagaimana kita hendak berdepan dengan Allah SWT di Akhirat nanti? Kita harus yakin dengan kata-kata 'perceraian bukan cara penyelesaian', melainkan perkahwinan itu memang harus melalui perceraian kerna sebab-sebab tertentu.

Harus kita ingat bahawasanya murka Allah SWT adalah amat berat untuk kita tempuhi. Kadang-kadang setelah lama berjauhan dengan pasangan masing-masing oleh sebab perbalahan ataupun pekerjaan, keadaan renggang itu akan berakhir dengan perpisahan. Ada wanita yang sanggup meminta perceraian secara fasak, dan yang lelaki pula sanggup menjatuhkan talaq dengan senang-wenang. Harus juga kita ingat bahawa hukum meruntuhkan rumahtangga orang lain adalah haram.

Akhir kalam, setiap hubungan bagaikan cuaca. Kadangkala panas kadangkala cerah. Mungkin jua gerimis, juga hujan lebat. Tetapi bila mendung tidak bererti akan hujan. Semoga Allah SWT memberi Rahmat kepada kita, pasangan pilihan kita dan juga ahli keluarga kita, serta keturunan kita In Sya' Allah.


Wednesday, 28 November 2012

Peringatan

Tak perlu mencari teman secantik Balqis
Jika diri tidak sehebat & seindah Sulayman

Mengapa mengharap teman setampan Yusof
Jika kasih tidak setulus Zulaikha

Tidak perlu diri menjadi seteguh Ibrahim
Jika tidak sekuat Sarah

Mengapa didamba teman hidup seistimewa Khadijah
Jika diri tidak sesempurna Rasulullah SAW

Mingguan sudah berlalu, namun apa yang ditempuh hanyalah permulaan. Jika padi katakan padi. Harus ku ingatkan kepada diri ku bahawasanya diri ku ini penuh dengan kekurangan dan jua penuh dengan cacat cela.

Sekadar peringatan kepada diri ku dan teman-teman yang membaca, usah terlalu memilih dalam kehidupan. Harus kita ingat bahawasanya diri kita juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan, secara am nya. Bukan sekadar itu saja, usah juga kita terlalu melampau dalam pemikiran, tingkahlaku dan jua pemilihan pasangan hidup.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Perempuan itu dinikahi karena empat hal, yaitu: harta, keturunan, kecantikan, dan agamanya. Dapatkanlah wanita yang taat beragama, engkau akan berbahagia."

Dari hadith di atas, memang benar harus kita mencari pasangan yang lebih cenderung terhadap ilmu agama. Mufti Ismail Menk juga pernah berhujah tentang peri penting mendapatkan pasangan yang cenderung terhadap agama, kerna dengan ini pasangan kita mampu memupuk anak-anak kita dengan ilmu Islam. Tetapi di zaman serba modern ini, setiap manusia tidak terlepas dari melakukan dosa-dosa tidak kira kecil atau besar. Harus juga kita ingat pabila seseorang hamba Allah telah bertaubat, lalu gugur segala dosa-dosanya dan keadaan individu itu seperti anak kecil yang baru lahir.

Apa yang ingin aku tekankan di sini ialah usah kita mengeji kesilapan yang telah dilakukan seseorang pada masa silamnya. Mungkin sahaja beliau telah bertaubat dan mempunyai darjat yang lebih tinggi dari kita. Mungkin pada mula kita mempunyai pasangan yang diTakdirkan Allah kurang cenderung terhadap hukum Allah. Kita wajib memimpin beliau pada jalan Allah. Secara sedar atau pun tidak beliau adalah amanah dan tanggungjawab kita. Tidak akan dihantar jodoh kepada kita jika Allah tahu kita belum bersedia.

Bak pepatah lama orang yang sudah biasa makan belacan kalau disuruh berhenti kerana bau nya, akan melenting. Begitu juga dengan masyarakat yang telah melalui pelbagai anjakan paradigma dan penyakit sosial. Jika sudah biasa melakukan perkara-perkara haram, susah untuk berubah. Tetapi harus kita ingat bahawa kehidupan tanpa agama bagaikan kehidupan zaman jahiliyah dan mengkafirkan diri secara sukarela. Semoga Allah menjauhkan perkara sedemikian dari naluri kita semua.

Mungkin ada diantara kita dulu kaki botol, rajin menukar pasangan untuk kepuasan seksual, mempunyai teman simpanan yang dirahsiakan dari pasangan kita, dan juga melakukan perkara-perkara yang menjadi isu sosial semasa. Kita jua tidak sempurna, mengapa harus menginginkan ciri-ciri bagaikan bidadari untuk bakal pasangan hidup kita? Yang penting adalah kita dan bakal pasangan hidup kita saling mengingati dan membantu antara satu sama lain untuk berubah ke Jalan Allah. Jangan sampai terjadinya perpisahan kerana tidak mampu melayani karenah buruk pasangan kita. Mungkin hanya satu perkara yang kita benci terhadap pasangan kita, tetapi sembilan perkara yang kita suka pada dirinya.

Akhir kalam, aku hanya berdoa bahawa aku diberi peluang untuk memimpin bakal pasangan hidup ku, walaupun mungkin pada dasarnya dia tidak mempunyai ilmu agama, atau memang tidak mahu mengikuti perintah Allah. Semoga Allah melembutkan hati dia, dan semoga Allah memberi diriku kesabaran untuk melayari karenah beliau yang bagaikan orang yang sudah biasa memakan sambal walau pedas tetap inginkan sambal. Bismillah...


Monday, 26 November 2012

Perigi Cari Timba?



Dari Anas RA yang berkata : Telah datang seorang wanita kepada baginda rasulullah SAW dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata,
“Wahai Rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku?”
Lalu ketika menceritakan hadis ini maka menyampuklah anak perempuan Anas RA dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas RA: “Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai Nabi SAW dan menawar dirinya demi kebaikan”. (Hadis sahih riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah).


“Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah.” (Surah Al-Ahzab : 21).

:: Buatlah sesuatu dengan ikhlas kerana Allah, untuk kebaikan dunia dan akhirat. InsyaAllah hidup kita akan sentiasa dilimpahi rahmat Ilahi. ::

Peribahasa Otai

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

Bagai Aur Dengan Tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

Kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

Bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

Biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

Sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

Tuesday, 20 November 2012

Sepurnama

Sepurnama tatkala kita bersua
Semasa Rahmat Allah menghujani kita
Tak tahu mengapa hati rasa terpaksa
Tetapi ku terus melangkah menyapa

Di balik tetesan air hujan yang deras
Terlihat kelibat seorang gadis berkipas
"Adakah ini si dia?" di minda ku terlintas
Lalu ke arahnya aku bergegas

Benarkah ini semua berlaku?
Terdiri sebentar aku terpaku
Mungkinkah berakhir di saat ini jalan berliku-liku?
Ataupun iya, ini Istikharah ku

Berlegar-legar dibenak fikiran ini
Peristiwa yang menggemparkan diri
Niat di hati ingin mencari
Di hadapan ku kini si Saudari

Aku bermohon kepada Yang Maha Esa
Jika kini telah tiba waktunya
Berkatilah hubungan yang dijalin sempurna
Tika dan saat ini aku redha

The Fallen White Rose (The Story of Gaza)

As the sun rose up high into the sky
It sheds light, law of the earth it went by
Out of the silence was a piercing cry
And flew the body with a black eye

As the wind blows beneath the fallen leaves
To mark the souls leaving off bodies
The innocence of life oozing out slowly
And the blood flows onto the ground in peace

And children of the land run in a rash
Never aware of the rains that splash
Shells full in the pockets of flesh
As the beast attacks in an intermittent mesh

The White Rose stood still amidst the dust
While everything around simply went bust
The one to protect was more like a rust
The beast took it fine and followed its lust

I looked up high to see a metallic bird flies
With shells it drops all in disguise
It's time to see how many more dies
And there it felled..The White Rose lies

Friday, 16 November 2012

Pengertian Penghijrahan

Salam semua, oleh kerana hari ini hari Jumaat, aku pon ingin berhujah tentang hijrah, selaras dengan awal Muharram 1434 ini. Hijrah bermula pada zaman Nabi Muhammad SAW ketika Baginda berhijrah ke kota Yathrib, yang sekarang lebih dikenali sebagai Madinah. Penghijrahan Baginda adalah untuk meluaskan perkembangan Islam. Teman-teman ku GBs dan Kek Cawans sudah mempunyai haluan masing-masing. Kak La akan ke Perancis selama 4 tahun bersama suami tercinta, Fendy.

Bagi aku, penghijrahan aku kali ini penuh berbeza (sapppp...so the melayu).  Aku akan melangkah ke bab yang baru dalam kehidupan ku. Tidak lama lagi aku akan mendapat kunci untuk rumah aku sendiri (mak kaozzz i managed to type in malay hahhaha). Kini, aku telah mempertanggungjawabkan diriku ke atas ibubapaku. Kini jua masa untuk aku membalas segala jasa budi baik mereka yang telah mereka redha demi membesarkan diriku (memang besar ponnnnnn).

Memang aku tidak mampu membalas jasa ibubapaku. Tetapi, setidak-tidaknya, aku sekarang telah mampu manampung kos perbelanjaan perubatan serta kos untuk mereka makan pada hujung minggu. Harus kita ingat, tatkala kita masih kecil dahulu, mereka lah yang menghiburkan hati kita ketika kita menangis. Mereka juga, tidak kira kita ni penuh bernajis dan berbau kurang enak, yang membersihkan kita. Ketika kita lapar, mereka yang menyuapkan kita makan.

Apa yang kita lakukan sekarang, seperti menyiapkan makanan dan menjaga mereka, tidak akan dapat membalas segala jasa mereka. Mereka pada waktu kita kecil, redha dengan segala kekurangan kita. Kita kini pula terbalik, kadang-kadang bila ibubapa minta sesuatu, kita menengking mereka, mengatakan tidak boleh pada mereka. Bila kita berlumuran dengan najis mereka sanggup mencium kita walaupon di tempat awam, tetapi kita pula terbalik, jarang sekali mencium ibubapa. Yang ada pula setahun sekali baru mencium ibubapa mereka.

Satu lagi penghijrahan ku adalah Qudsiah Nisrina. Selepas bermusyawarah bersama teman GB ku Rizal dan juga beliau, kami telah bersepakat untuk mengambil langkah yang lebih serius. Semoga Allah menyenangkan perjalanan ini Insya'Allah, aku redha. Seperti kata Kak La sekarang kita bertawakal, banyak berdoa dan bersabar atas segala ujian. Salam

Monday, 12 November 2012

Getting to know....

Had a talk with one of my besties over dinner. Shared views over the many things I'll be facing. The topic of preferred choice, available choice and dealing with things that come head on was discussed.

Some things are never meant to be dealt with lightly. Neither are some things meant to be overly dealt with. Being thrifty does not equate to being stingy. We should try to look at the positives of everything that happens. This is an ideal method of looking at situations that happen to us.

A blast from the heart can be positive as that is where we will learn to express ourselves and be heard. This is a human aspect that we have to look at. At times, quarrels and squabbles are unavoidable. We learn to look at the points where we can learn from. Some issues are best forgiven, though the truth is some issues cannot be forgotten.

That is how we learn to understand our partners. Compromising is a must in order to uphold a relationship. Each of us has our very own flaws that we should work towards correcting.

One thing we have to bear in mind, it does not mean 2 perfectly good humans make a good relationship. And also, if God wants you to be together, you will, no matter what it takes. Never give up on the one that you want.

Bercinta Selepas Nikah

Semalam ada seorang yang istimewa bermusyawarah dengan ku tentang Bercinta Selepas Nikah. Pagi ni pula seorang dari 'sister' ku membuka topic yang sama. Coincidence? Takdir? Atau semuanya sekadar secara kebetulan?

Aku bukan anti orang-orang yang bercinta sebelum nikah, jangan salah faham. Bukan begitu niat ku. Dalam Islam memang tiada erti kata ber'couple'. Orang-orang sekarang je bermatair. Tak semestinya bercinta itu akan berakhir dengan perkahwinan.

Adakah salah kita mempunyai perasaan suka, cinta, kasih dan sayang sebelum bernikah? Pada pandangan ku, itu fitrah manusia. Hadiah Allah kepada setiap manusia. Apa yang aku nak tekankan di sini ialah perkara bercinta sebelum nikah. Perasaan suka, cinta, kasih dan sayang sebelum bernikah kita tidak dapat menghalang, tapi apa yang kita mampu menguasai adalah bercinta sebelum nikah. Aku tidak mengata aku tidak pernah bercinta sebelum nikah, tetapi inilah masa untuk Syaitan mengadu kasih asmara dan mengganggu kita.

Apa yang kita perlu lakukan di sini adalah mengawal nafsu kita. Kita harus melihat dan mempelajari cara-cara untuk mengawal nafsu dan menguatkan iman kita, supaya tidak terjebak dengan gejala maksiat yang akan menjadi sesuatu gejala sosial. Cinta itu adalah Fitrah dari Illahi, jangan sampai perasaan itu hingga terjadi Fitnah.

Akhir kalam, biarlah bercinta kerana Allah, kerna persaan cinta itu milik Allah. Jangan sampai kita terlalu mencintai seseorang itu kerana cinta sahaja, kerana jika Allah ingin menguji hati kita ketika itu, maka bergoncanglah perasaan kita nanti.

Sunday, 11 November 2012

Joke 7

Budin hendak menghantar
neneknya yang sakit ke klinik
dengan menaiki motor.
Budin : Mari la naik nek, pegang
kuat-kuat yea..nanti jatuh!
Nenek : Iya lah, nenek pegang
kuat-kuat la nie...
Budin : Jangan lupa pegang kuat-
kuat yea nek!!! (kata Budin lagi
mengingatkan)
Nenek : Iya, nenek dah pegang
kuat-kuat la nie, takut sangat.
Budin : Ok, kalau begitu kita
berangkat ya, nek.
Budin lalu 'merempit' motornya,
lalu terdengar benda jatuh
BUUAAAAKKKK!!!!!
Budin terperanjat, lalu menoleh ke
belakang, dan ternampak si nenek
terjatuh dari motornya.
Budin : Lah kenapa boleh jatuh gak
nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-
kuat agaknye?
Nenek : Nenek dah pegang kuat-
kuat dah tadi!!!!
Budin : Nenek pegang kat mana?
Nenek : pagar rumah.
Budin : "$%^&(#....."

Joke 6

Cikgu Berahim sedang mengajar
Bahasa Melayu dalam kelas 1
Mawar.
Cikgu : Man, boleh kamu buat ayat
dengan menggunakan perkataan
tepung ?
Man Dol : Itu senang saja
cikgu..ayatnya ialah.. "emak
sedang membuat kek"
Cikgu : Mana tepungnya ?
Man Dol : Tepung kan dalam kek
tue..Cikgu ni tak sekolah ke ??

Joke 5

Pada satu petang, si ibu membawa
anaknye berusia 4 thn bersiar2
menaiki
kete. Dlm perjalanan si ibu
membunyikan hon.
Anak : Naper ibu bunyikan hon &
saper org tu?
Ibu : Tu sedara kiter, kenalah
hormat.
Dlm perjalanan mereka seterusnya
mereka terserempak dgn seekor
lembu yg
nak
melintas lalu si ibu membunyikan
hon.
Anak : Itupun sedara kiter jugak
ke?

Joke 4

Polis : Apakah nama encik ?
Pemuda : Saya tak ingat la
Polis : Okay , jadi encik tinggal
dimana ?
Pemuda : Saya tinggal dengan mak
saya
Polis : mak awak tinggal dimana ?
Pemuda : Mak saya tinggal dengan
saya
Polis : Awak berdua tinggal
dimana ?
Pemuda : Tinggal bersama sama
Polis : Rumah awak berdua
dimana ?
Pemuda : Sebelah rumah jiran saya
Polis : Rumah jiran awak dekat
mana ?
Pemuda : Kalau saya bagitahu
encik , encik mesti tidak percaya
Polis : Bagitahu sajalah
Pemuda : Rumah jiran saya di
sebelah rumah saya
Polis : #@$%^&*

Joke 3

Cikgu yang sedang berdiri di depan
pelajar tiba2 marah dan berkata..
Cikgu: siapa bodoh berdiri cepat
*dengan marah* tiba tiba Ali
bangun.
Cikgu; kenapa kamu bangun Ali?
Ali: sya kesian kt cikgu sbb cikgu
bodoh sorang-sorang :)
Hahahahahaha
cikgu: "kenapa sejarah kamu tak
boleh score ?"
murid: "mak saya cakap benda dah
lepas tak usahlah dikenang
hehe :d

Joke 2

Suatu petang datang seorang lelaki
berumur ke kelinik ENT , kerana
telinganya di masuki biji kacang
hijau
semasa dia membeli barang dapur
di
pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masaalah apa .....?"
Pesakit : " Telinga saya dimasuki
biji
kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga
anda!"
setelah diperiksa... .
Doktor : " Ada2 cara untuk
mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil
kosnya 2
ribu ringgit dan pilihan kedua
pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor,
kalau
yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena
sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan
bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda
2
kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge' anda tinggal tarik
keluar."
Pesakit : "Huh"


Joke 1

Abu: oii..kaw nak tawu atok aq
power
Ali N Ajoi: ape yg power sgt 2...
Abu: atok aq ngkt kereta gune 1
tgn jer..
Ajoi: ele..2 x power sgt
Abu N Ali: atok ko power ker?
Ajoi: power..atok aq angkat lori
gune 1 tgn..amcam?
Ali N Abu: Fuyoooooo Power
Gilller....
Ajoi N Abu: Ali atok kaw power x?
Ali: Power..
Ajoi N Abu: Ape yg power sgt atok
kaw 2..
Ali: atok aq kt dalam tanah smpai
skrg x timbol2

Saturday, 10 November 2012

Prefix

A buddy ever mentioned 'there's not than meets the eye'. Be careful not to step over the lurch and to trip. If the signs are there we had better heed the warning.

The istikharah as we know, once performed, we should be in a state of redha to accept what He does not want us to go tru, and vice versa. We can refer back to the words of 'be careful what we wish for' in this context.

Learning to face the facts and understanding that things does not go certain ways, we should see the silver lightning. Alas, humans being humans, not many are able to. We tend to think we know what we do will lead towards what we want. Is that what we really wish for?

Things are not meant to be forced and though we did try, probably there is a reason as to why a sponge will not absorb more than it allows itself to. Some will think a certain situation suits them best, alas, many has been tru a plateau due to that.

At the end of it, some things are never in our control, as we already knew, but what has to be put across here is that dime will always be a dime.

Friday, 9 November 2012

cL0wNd!0z's Antologi Pelangi Yang Pergi...Part II

Hanya waktu yang bisa buktikan diri padamu
Kepentingan kehadiranku di dalam hidupmu
Hanya kau yang tetap berlegar di benak fikiranku
Mungkin tertulis di Azali setiap langkahku

Jika ini jalan yang telah Ya Rabbi ukirkan
Pastinya aku dicoba diuji kecekalan
Terlalu keanakan untuk membuat keputusan
Adakah diriku dapat memberi dirimu kepuasan

Ditolak, ditinggalkan dengan pelbagai alasan
Bagai jatuh ditimpa tangga, tiada pampasan
Mungkin hikmah disebalik ini hanya kebebasan
Nila setitik di susu, begitu menyerlah kesan

Di benak sanubariku tiada meminta pelepasan
Sudah berhari-hari berlalu tanpa lisan
Fotomorgana dirimu datang & pergi bagai imbasan
Kenangan manis dan pahit bersama kini bernisan

Kesucian hatiku telah dibawamu ke pentasan
Berdirilah aku keseorangan tanpa sembarang pesan
Pabila sang Suria terbenam di hujung pantai berpasiran
Masih perlukah Aku berdiri di sini menahan?

Mendong pagi ini bak sang hari yg tiada memberi ketentuan
Adakah Nur sang suria akan dipancarkan?
Atau ribut yang akan melanda menghentam badan
Gelora negatif tiap kali ditanya teman-teman...

Mungkin khilafku sehingga terguris kesesalan
Ku pinta ku berdoa agar ditunjukkan jalan
Mungkin Takdir ku begini tiada dapat ku melawan
Aku hanya serangga yang hanya berkeliaran

cL0wNd!0z's Antologi Pelangi Yang Pergi

Ku tangisi...apabila tiba saat kehilangan pancaran matahari
Ya Rabbi...mengapakah Engau ambil cahaya yg ku sayangi?
Kini kegelapan bersama ribut kian menjenguk diri ini
Halilintar membuat aku menangis pada Takdir yang ditakuti

Pelbagai maknanya hujan di tengahari
Apakah mahunya pada kali ini
Jiwaku lesuh sambil ku menanti
Akan ku redhai istikharah Illahi

Panas di tengahari perit yang ku rasai
Tak seperti kedinginan orang yang ku kasihi
Tertulis rindu ku di nokta ini
Hanya sekadar penawar yang Hakiki

Malam yang gelap menyelimuti diri
Teringat akan seseorang istimewa di hati
Apakah erti gejolak perasaan ini?
Hanya dapat menyukuri nikmat ini

Mungkin tertulis di Azali
Tersemai ikatan tanpa disedari
Ingin ku tolak kenyataan ini
Kerna di hati tiada mengerti

Secara tiba-tiba...awan mendung beralih membawa diri
Terpancar sejala sinaran...yang sungguh indah..untuk ku pertama kali
Sang Pelangi menghampiri diriku yg sering dicaci
Tidak ku sangka...akan keajaiban ciptaan tercantik Illahi

Mungkinkah disini jodoh pertemuan kami?
Apakah ertinya kau hadir kali ini?
Aku bingung...hendak ku capai seurat tali
Tapi tiada...tiada dihulur tali yg ku cari

Untitled...yet

Aku bagai sekuntum bunga yang layu
Kekeringangan...berguguran ditiup bayu
Yang menjadi temanku saat itu hanyalah sayu
Sedang ku pinginkan kehadiran si ayu

Berpurnama telah berlalu...aku tetap keseorangan
Selama itu jua hati ku tiada ketenteraman
Aku menyelami lautan kesepian
Demi mencari untuk jiwaku..keamanan

Hari berganti hari...belum tiba orang yang ku nanti
Mungkin usaha ku masih belum mencukupi
Atau mungkin jua aku manusia tiada bererti
Ku hanya ingin menyunting hatimu yang suci

Seperti halilintar datang menyambar
Hadir seorang gadis...tiada berkembar
Aku tersentak dengan ketibaan yang tidak ku sangka
Kebingungan...aku terkedu tiada terkata

Dihulurkan tangan...diberi belaian
Dikeringkan air mata yang ku teteskan
Jiwa ku kelu dengan kelembutan sentuhan
Hingga ke alam mimpi aku dibuaikan

Awanan yang menyelimuti ku beredar kini
Dari langit yang telah ku junjung tinggi
Terpancaran sejalur sinaran harapan kali ini
Adakah ini yang ku nanti?

Adakah terukir nama kita berdua di pohonan
Seperti tertulis di Azali haq pertemuan
Istikharah Illahi berlegar-legar di benak fikiran
Ku tiada sedar...adakah ini khayalan?

Thursday, 8 November 2012

Untitled.....LOL

C:/
And when the sun goes down will my life still matter at all
Will there still be a light to shine the path within the dark
Cos only time will tell if my life will matter at all
If only you and I, we both, realise we feel the sparks

Throughout this route you take the walks
Alone with only shadows stalk
To clear your mind into the dorks
That’s when you know you’ve reached a block

Along came a shining light
To guide you within the blights
Unsure if this is something right
You crashed to cry upon your plight
C:/
And when the sun goes down will my life still matter at all
Will there still be a light to shine the path within the dark
Cos only time will tell if my life will matter at all
If only you and I, we both, realise we see the sparks

You never felt you need someone
To fall and cry, to him you run
For all the things that you have done
But then you got to know this sun

C:/
And when the sun goes down will my life still matter at all
Will there still be a light to shine the path within the dark
Cos only time will tell if my life will matter at all
If only you and I, we both, realise we see the sparks

To survive...
To survive...
To survive...

C:/
And when the sun goes down will my life still matter at all
Will there still be a light to shine the path within the dark
Cos only time will tell if my life will matter at all
If only you and I, we both, realise we see the sparks






Monday, 5 November 2012

Renungan

"Wanita TIDAK seharusnya menjadi bulan yang boleh ditatap semua, tetapi PERLU menjadi matahari yang silaunya akan membuat Adam tertunduk sebelum memandangnya.."


Cinta bukan sekadar bermesej 24 jam sehari 7 hari seminggu. Cinta bukannya sekadar berkata “I love you” atau “Saya sayang awak”. Bukan juga dengan mengambil berat sekadar bertanya “Dah makan? Kalau tak sihat jangan lupa pergi klinik.”

Bukan.

Cinta ialah satu tanggungjawab. Berani melafazkan cinta bererti berani dan bersedia untuk membawa dia yang disayangi ke arah yang lebih baik; ke jalan Allah.

Saturday, 3 November 2012

Mencari

Kadang2 dlm kehidupan ini...tk semua yg Kita inginkan Kita pasti dpt...tk semua yg Kita inginkan itu halal Dari sisi Allah...senang ckp yg haram tu sedap...

Wa tk ckp wa ni perfect...Setiap Manusia ade cerita masa lampau masing2...no one is perfect pe...lol...jika masa lampau wa menjadi masalah utk org menerima...wa redha...wa berubah ke tak...tkde org blh judge wa pe...

Skrg berbalik pada topic...mencari...wa sebenarnya penat nk layan soalan2 bila wa nye turn naik pelamin...ni soalan mcm wa nk balas balek dgn tukang tanye...'Lu Mau tolong wa cari pasangan pe? Wa kawin Lu Mau sponsor?'...wa ni da la tk ensem...duit pon tkde...lifetime Projek nk jaga parents wa...Lu org ingt ade ke wanita yg sanggop terima wa seadanya? Da lah wa ni step nk cari isteri solehah...mati terkangkang geng...

Nk cari bakal pasangan...kalau ikot segi hukum agama...memang berat...nk kene cari yg ade ilmu...yg mempraktikkan ilmu...serba Serbi tip top ah...ni ideal situation...tapi pada keadaan generasi skrg yg sua hooray2 pada umur yg muda...Kita sebagai muslimin muslimat kene ingat...tk semua org baik selamanya...tk semua org jahat selamanya...pintu taubat maseh terbuka...Dan yg bertaubat tu bagaikan bayi yg baru dilahirkan...sendiri Mau ingat ah...

Ade juga yg da tahu hukum tapi tetap hooray2...ape blh buat...ni masing2 peh Hal...tapi kalau org da start regret atas kelakuan dulu...shouldn't we be there for them? At least Kita be supportive utk org tu berubah...wa kenal satu member ni ah...biase kene pretttt in all rshps...but he made it a point over the last few rshps...dia dpt ubah his ex gfs kepada kebaikan...at the very least after the break up dia tau dia contribute to the girl's changes towards goodness in religion...bagus sak dekni...aku pon jeles...

Satu Kita Mau ingat...whatever happens in the past...we weren't there with them...mungkin keadaan memaksa...tk perlu tahu yg telah berlalu...jgn scrutinize org lain nye masa lampau...Kita terima la org tu seadanya...be there for them physically and emotionally..

Tetapi ade pulak yg berubah...tapi utk partner dia je...bila da break up pulang ke Jalan yg senget...ni mcm tk bagus la walaupon tu pilihan korang...semoga Allah membuka hati korang...

So just to round up...cari biar yg dpt terima Kita Dan keadaan including keluarga Kita seadanya...cari yg dpt dibimbing...pasangan Kita ni akan jadi ibu/ayah pada bakal anak Kita...and lastly...jgn hiraukan masa lampau Dorang...Kita sendiri pon inginkan pasangan yg dpt terima Kita nye past...sekian...salam