Monday, 3 December 2012

Masalah Hubungan?


Dalam setiap langkah dan detik, pasti, kita akan diuji oleh Allah SWT untuk dinilai sejauh mana kita mampu dalam melalui segala liku-liku kehidupan. Bak pepatah lama, sedangkan lidah lagi tergigit. Bab perhubungan pula, pasti setiap bahtera yang belayar akan dilanda badai. Masalah Adam dan Hawa tidak pernah selesai, terlalu banyak perselisihan yang ada. Tetapi, harus kita akui yang ada juga impian dan persamaa antara Adam dan Hawa. Kata seorang kakak ku, bila kita menghadapi sesuatu masalah, ada 3 perkara yang kita harus lakukan sebagai 'damage control':

1) Jangan ikutkan emosi
2) Berfikir secara rasional
3) Beristighfar banyak2..

Apabila kita bertemu dengan sesuatu masalah, harus kita yakinkan diri bahawa Allah SWT tak akan menguji kita lebih dari yang kita mampu menangani. Mungkin kita akan dihasut oleh Syaitan sehingga ada dari sesetengah dari kita berputus asa dari meminta pertolongan dan juga kesabaran untuk berdepan dengan masalah-masalah yang diturunkan kepada kita. Ada juga yang mengeluh apabila diberi ujian. Kadangkala ujian diberi kepada kita pasangan yang dilihat pada saat ini sebagai satu 'medium'. Ada juga masalah yang kita hadapi datang dari hasutan Syaitan kepada sesetengah manusia melalui hati dan minda mereka. Ujian sedemikian amat susah untuk kita tangani, lebih-lebih lagi jika ujian sedemikian mendatangi kita dari pasangan kita. Di sinilah Syaitan berleluasa.

Syaitan pula, apabila menghasut, akan memberi perasaan-perasaan negatif kepada kedua-dua pihak. Perasaan amarah, hasad, dengki, keras hati dan lain-lain lagi akan disalurkan ke dalam hati dan minda kita. Haruslah kita ingat bahawa Syaitan hanya ingin menghancurkan seluruh umat manusia. Penyakit-penyakit hati ini mampu merosakkan banyak hubungan diantara kita manusia. Bukan itu sahaja, malah situasi sedemikian akan dijadikan bahan perbalahan. Mungkin secara tidak sengaja kita rasa apa yang kita lakukan pada waktu itu adalah betul, tetapi ianya adalah sebaliknya.

Seperti pepatah Inggeris, Women are from Venus and Men are from Mars, tetapi bertemu jua di Dunia. When a woman is hard to win, it iss because there was a man who did much damage. Mungkin masa lampau seseorang itu digunakan sebagai pengajaran, tetapi ada juga diantara kita yang membina dinding sehingga terlalu keras hati kita untuk memberi peluang secara adil kepada yang lain. Memang ada baiknya perasaan defensif sedemikian, tetapi siapakah kita untuk mengadili bakal jodoh kita sedangkan kita sendiri tidak sempurna? Berdoa dan bertawakkal la kepada Allah SWT supaya kita sentiasa dilindungi Dia.
Apabila pasangan kita melakukan satu kesilapan, janganlah kita cepat naik marah, kerna perasaan amarah itu hanyalah salah satu cara yang mendekatkan diri kita kepada bisikan Syaitan. Carilah jalan untuk mencari sebab mengapa terjadinya kesilapan yang dilakukan pasangan kita. Jika sebab-musabab tidak dapat diketahui, gunakanlah cara yang lembut, dan beritahu pasangan kita dengan cara yang tertib tentang kesilapan yang telah pasangan kita lakukan. Harus kita ingat bumi mana tak ditimpa hujan. Carilah arah dan tujuan dengan cara terbaik bersama kelakuan yang terbaik demi mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang kita hadapi. Ingatlah, ambil ini sebagai iktibar untuk mengeratkan lagi hubungan kita dengan pasangan kita. Jangan sesekali memberitahu pihak ketiga jika kita ada masalah bersama pasangan kita, kerna Syaitan juga akan menghasut pemikiran dan hati kita dan pihak tersebut.

Akhir kalam, seperti pepatah lama biar menjadi air yang melekukkan hati yang membatu. Sekeras-keras kerak nasi, lembut jgk bila disiram air. Memang ada baiknya kita berkeras hati, tetapi sampai bila? Hingga ia merosakkan segala usaha bagi hubungan yang ingin dibina? Biarlah jadi seperti air, dengan cara lembut dapat dilembutkan hati yang keras. Berdoalah kepada Allah SWT, semoga pasangan kita dilembutkan hati mereka, dan dibuang sifat amarah dari diri mereka, demi untuk menjaga hubungan kita.

No comments:

Post a Comment