Malam menyelubung hari
Bagaikan bencana yang melanda kita
Derau darah menghambar
Terbanglah sukma hapus segala
Kau punca segala nista pada ku ini
Kau dahagakan cinta yang lain
Firasatku singkirkan sahaja segala duka lara
Firasatku usah berpaling lagi meskipun kau menangis
Firasatku cinta yang sirna terluka berdarah
Kau punca nescaya menjadi kebencian
Kata-katamu duri berbisa
Firasatku singkirkan sahaja segala duka lara
Firasatku usah berpaling lagi meskipun kau menangis
Firasatku cinta yang sirna terluka berdarah
Firasatku suatu hari nanti kau terima sengsara ini
No comments:
Post a Comment