Thursday, 7 February 2013

Peribahasa Lama

- Ke hilir kena kutuk sultan, ke mudik kena kutuk raja
Maksud: Orang yang serba salah kerana melanggar perjanjian.

- Bagai mengepal pasir yang kering
Maksud: Kesukaran menyatukan perbezaan pandangan tahu di angin turun naiknya, tahu tentang alamat tentang peristiwa yang bakal terjadi.

- Syak fasik, yakin salih; batulah yang jadi juadah
Maksud: Yakin maksud tercapai.

- Ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencucuk dan duri yang akan mengait
Maksud: Halangan dan rintangan dalam sesuatu usaha.

- Bulan terang paksa baik: payang ke laut, baluk pun ke laut juga
Maksud: Dalam zaman kemakmuran semua orang berlumba-lumba mencari keuntungan.

- Sudah ada biduk, tetapi serempu pula 
Maksud: Berebut kuasa.

- Menuntut piutang lapuk
Maksud: Melakukan sesuatu yang sia-sia.

- Itik bertaji
Maksud: Sangat penakut tetapi sombong.

- Keris tersisip di dinding, pedang tajam dalam sarungnya
Maksud: Perbuatan yang pandir.

- Biarlah luka di dada jangan luka di belakang
Maksud: Biar alah kerana melawan jangan alah kerana melarikan diri.

- Peluru perak pemecah kubu yang kuat 
Maksud: Kerana duit semuanya dibongkarkan

- Sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yang diadang
Maksud: Tipu muslihat yang tersembunyi demi mencari keuntungan diri.

- Perut tidak bertelinga
Maksud: Nasihat yang tidak akan diturutkan

- Syarak yang mengata, adat yang memaksa
Maksud: Syarak dan adat tidak dapat dipisahkan

- Pecahlah kapi, putuslah suai
Maksud: Sesuatu yang tidak dapat dibaiki lagi (sejarah) dan menanggung malu teramat sangat.

No comments:

Post a Comment