27 Jan 2013
SEDANG ramai calon pengantin lelaki mengeluh tentang nilai hantaran yang semakin lama semakin tinggi sehingga membebani poket mereka, Encik Muhammad Zaki Razali boleh tersenyum panjang.
Jejaka berusia 32 tahun ini boleh dianggap 'beruntung' kerana tidak perlu mengeluarkan sesen pun belanja hantaran untuk memperisterikan wanita pilihannya.
Sebaliknya, beliau hanya akan memberikan yang wajib iaitu mas kahwin yang berupa sebentuk cincin emas. Selain itu, beberapa dulang hadiah untuk bakal isterinya juga disediakan.
Dan keseluruhan kos perbelanjaan majlis persandingannya yang bakal berlangsung pada 25 Mei ini dianggarkan kurang $10,000.
"Awalnya keluarga saya agak kurang pasti dengan keputusan saya. Tapi selepas saya terangkan bahawa ia bukan yang diwajibkan agama dan saya anggap membazir, mereka setuju.
"Alhamdullilah, pandangan saya itu turut diterima bakal isteri dan mentua saya juga," jelas jurutera Teknologi Maklumat (IT) itu lagi.
Tetapi, kes seperti Encik Muhammad Zaki ini mungkin berlaku satu antara seribu dalam masyarakat Melayu-Islam hari ini. Hakikatnya, majoriti bakal pengantin lelaki perlu berdepan dengan permintaan keluarga pengantin perempuan dalam menetapkan nilai hantaran.
Gara-gara nilai pasaran yang agak tinggi, ramai jejaka berfikir dua kali sebelum mengambil keputusan melamar si buah hati. Dianggarkan pada hari ini hantaran perkahwinan yang diberikan kepada keluarga pihak pengantin perempuan antara $8,000 dengan 10,000 atau lebih.
Dalam adat perkahwinan Melayu/ Islam di sini, terdapat dua jenis hantaran iaitu mas kahwin dan hantaran perkahwinan. Mas kahwin yang wajib dalam urusan ijab kabul. Nilainya ditetapkan oleh Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM) pada kadar $100.
Sementara mas kahwin ini diwajibkan dalam agama Islam, hantaran perkahwinan pula bersifat adat resam dan tidak wajib dibayar. Akibat daripada nilai hantaran yang tinggi, terdapat kisah di mana kaum Adam menangguhkan majlis perkahwinan, memberikan cek kosong atau berhutang.
Mantan Pendaftar ROMM, Ustaz Pasuni Maulan, berkata ada pasangan yang berhutang dengan tailong untuk membayar wang hantaran.
Seorang doktor bujang, Dr Fadzil Hamzah, 32 tahun, akur bahawa isu itu merupakan salah satu faktor mengapa beliau masih terus solo.
"Mungkin ada yang cakap bahawa saya belum ada jodoh. Tapi, kalau hantaran itu sudah tinggi, ini menyebabkan keseluruhan kos majlis persandingan meningkat juga. Saya hanya akan menjadikan seorang wanita itu pasangan hidup saya sekiranya beliau sanggup menjalani majlis walimah yang sederhana selain hantaran yang rendah," kata doktor sukan itu.
http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/beliau-kahwin-dengan-0-hantaran

No comments:
Post a Comment